Tuesday, May 11, 2010

Library Krash Pad

NET/KLKP/2010-1205(1)


Kepada :
  1. Sharifah Sharina Syed Aswad ( SSSA)
  2. Siti Fairuz Rahman ( SFR)
Tarikh   :  12 Mei 2010
Tempat :  Perpustakaan KL  Krash Pad

 Per : Projek Pembangunan KL Krash Pad - 2010 

Berdasarkan butiran perbincangan di antara SSSA, SFR dan saya, NSW sebentar tadi, kita telah sebulat suara untuk membangunkan sistem serta membina program di perpustakaan itu. Tujuan utama pembangunan perpustakaan ini adalah untuk menarik minat golongan remaja di sana mendekati serta menggunakan sepenuhnya perpustakaan tersebut. Ini adalah projek pertama syarikat kita, maka dengan ini saya berharap kita bertiga dapat menjayakannya. Dibawah ini adalah segala butiran yang telah dibincangkan tadi.

Butiran :
  1.  Database System - User manual dan training
  2. Buku - buku itu perlu diperiksa sama ada buku yang berada di rak adalah buku yang sama di dalam sistem data.
  3. Bagi buku - buku yang tidak ada di dalam sistem data, butiran buku itu perlulah di masukkan ke dalam sistem yg sedia ada.
  4. Buku - buku ini juga perlu disusun mengikut genre ( BM + BI )
  5. Buku - buku tersebut perlu dibalut.
  6. Rak - rak yang menempatkan buku - buku tersebut perlulah dilabelkan. ( Contohnya mengikut abjad - tajuk buku)
  7. Merencanakan perjalanan program yang boleh atau akan dijalankan di dalam perpustakaan itu. Contohnya mengadakan pertandingan membaca bagi bulan membaca yang akan datang.
  8. Mencari sebutharga bagi barang - barang ini :
  • Bean bags
  • Whiteboard (size belum ditentukan)
  • Softboard ( size belum ditentukan)
  • pembalut buku ( kuantiti di anggarkan 100 gulung - cari harga yang murah)
  • gunting 5 bilah 
  • Poster membaca dari PNM - kena tulis surat minta poster ni.
  • dan alat -alat2 lain yang diperlukan semasa kerja2 pembaikan taraf perpustakaan ini berlangsung. seperti selotape, dispenser untuk selotape
Memandangkan telah tersedia ada sistem data di komputer perpustakaan tersebut, maka kuranglah kerja yang perlu kita lakukan. Saya menjangkakan kertas kerja ini mampu disiapkan dalam masa tidak lebih dari dua minggu dan boleh dibentangkan kepada wakil Krash Pad selepas itu. Kertas kerja dan mengumpulkan maklumat sebutharga bagi barang - barang yang telah disenaraikan di atas akan bermula esok, 13 Mei 2010 dan dijangkakan selesai paling lewat pada 26 Mei 2010.

Tugas untuk mengalih bahasa manual pengguna serta latihan akan diserahkan kepada SSSA.

Semoga usahasama kita bertiga ini mampu membuahkan hasil.

Sekian, Terima Kasih







Noor Suhaila Wahid
Pengarah Urusan